Friday, 24 June 2011

Remaja Masa Kini..


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Apa kata kali ini, kita membincangkan pula pasal kerosakan akhlak remaja sekarang. Tadi aku terdengar radio Kedah FM dimana sesi ceramah bersama ustaz kot. Ustaz tersebut membincangkan kenapa dan apa punca remaja/kanak-kanak sekarang jadi rosak dalam erti kata lemah lembutnya ialah hormat.
Apa yang kita ketahui sekarang, gejala haram jadah sosial seperti KLCC, raba meraba di sekolah dan lain-lain semakin menjadi-jadi. Satu je Ustaz ni tekankan iaitu semua ini berpunca dari mak bapak. Aku pun berpandangan begitu dan sengaja buat entri ni untuk dikongsikan bersama.
Pak aku didik sampai alhamdulillah sekarang aku tak membuat apa-apa masalah kepada keluarga. Diharapkan anak anak korang pun jadi seorang yang berguna sekarang. Ustaz ini tekankan lagi, dari awal anak-anak harus dibentuk dan dilentur rebungnya bukan dimarahi, dicaci atau dimanjakan.  Sebaliknya, mak bapak harus bersikap positif dan akal itu kena buka sikit la.
Terperuk kepala otak dengan isu semasa, politik dan kejar kemewahan membuatkan anak-anak menjadi rosak apabila kasih sayang tu kurang. Hal ini terjadi dari awal, contoh mak ayah tak tekankan pendidikan agama kepada anak pada peringkat awal sekitar umur 7 tahun. Insyaallah kemudian hari anak anda akan pijak kepala. Sebab itu, aku suka time ustaz ni cakap, kita sepatutnya bersikap(sifat) 50-50 terhadap anak.
50% untuk kasih sayang dan 50% untuk ketegasan terhadap anak. Andai kata, korang ni mak ayah yang periang dan selalu manja sangat dengan anak, tunggu dikemudian hari anak-anak tersebut akan buat sesuatu diluar jangkauan korang. Andai kata, korang ni mak ayah seorang yang terlampau tegas dan panas baran. Tunggu dikemudian hari, anak korang akan mula pijak kepala dan memberontak.
Sebab itu dalam Islam ada tekankan kita janganlah terlampau garang dan janganlah terlampau manja dengan anak kita agar dikemudian hari anak kita tak takut sama kita dan pastikan anak kita menjadi seorang manusia berguna. Contoh bagi aku, setelah dengar kata-kata dari ustaz tersebut, ALHAMDULILLAH kerana dari kecil ayahku mendidik aku sedemikian seperti kata ustaz tadi.
Kekadang tu garang bila buli adik sampai menangis dan kekadang tu dapat pujian dan hadiah bila ada sesuatu yang aku buat menggembirakan mereka. I’m appreciate that.Percayalah yang semua ini dimana kerosakan akhlak remaja dan kanak-kanak  sekarang berpunca dari mak ayah. Mak ayah yang lembut(auwww), aku cukup tak suka!. Serius aku cakap dimana anak ini dikemudian hari akan sombong, riak dan sebagainya.
Mak ayah yang tegas sangat pula, suka mengongkong, nak buat ini tak boleh, itu pun tak boleh. Semua benda nak buat terbatas, sampai-sampai anak dikemudian hari berfikiran sempit dan tak memikir panjang risiko bila dah besar. Sebab itulah, keluarga yang ceria dan harmoni datangnya dari keberkatan Allah dan pendidikan agama yang betul- betul diterapkan kepada anak menjadi agar kemudian hari anak tersebut berjasa pula kepada kita. Insyaallah~
Wassalam~

No comments:

Post a Comment